Total Pageviews

Friday, 16 August 2013

Tujuan Hidup

Bismillah..
Mungkin seringkali kita tertanya pada diri kita mengapa kita dilahirkan di dunia ini? Apa tujuan kita dilahirkan? Apa matlamat hidup kita? Banyak persoalan yang timbul. Banyak yang kita ragukan. Manyak pening.
Maka kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Jika kita lihat, kehidupan kita seperti satu kitaran roda. Roda bodoh yang memutar pada kelajuan yang sama, yang mana setiap sudutnya adalah sama. Membosankan. Hidup kita dimulai dengan bangun tidur, gosok gigi, sarapan, berjalan ke sekolah, lunch, pergi ke library buat assignment, balik rumah, mandi, baca main computer, dinner, tutup lampu, tidur. Dan begitulah ia sering berulang seperti roda, seperti wayang usang. Hidup seperti tiada makna.

Maka rujuklah 51:56 , 2:30. Eh, No telefon siapa ni? Haa..inilah dua petikan ayat Allah yang berbunyi ;
$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur žwÎ) Èbrßç7÷èuÏ9 ÇÎÏÈ 

 “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” [51 : 59]

øŒÎ)ur tA$s% š/u Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9 ÎoTÎ) ×@Ïã%y` Îû ÇÚöF{$# ZpxÿÎ=yz ( (#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkŽÏù `tB ßÅ¡øÿム$pkŽÏù à7Ïÿó¡our uä!$tBÏe$!$# ß`øtwUur ßxÎm7|¡çR x8ÏôJpt¿2 â¨Ïds)çRur y7s9 ( tA$s% þÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB Ÿw tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ  

 “Dan ketika Allah berkata kepada malaikat bahawa telah Aku jadikan di bumi itu khalifah” 

            Allah menciptakan manusia bertujuan untuk mengabdikan diri kepadaNya. Jadi maknanya kita sebagai manusia hidup hanyalah untuk beribadah kepadaNya. Segala tingkah laku dan amalan kita, jika disertakan niat yang ikhlas kepada Allah, maka jadilah ia Ibadah. Dengan adanya ibadah, hidup kita akan lebih bermakna dan berseri. Kerana itulah tujuan kita diwujudkan, dicipta, dilahirkan! Seharusnya kita janganlah malas, enggan untuk melakukan ibadah kerana ia adalah seseatu yang wajib untuk kita lakukan, kerana itulah tujuan, objektif kita hidup di dunia ini buat bekalan di akhirat sana.

            Ibadah pula janganlah disempitkan dalam lingkungan solat sahaja. Kita boleh memperbanyakkan ibadah kita dengan amalan lain seperti membaca Al-Quran, zikrullah, sedeqah, selawat, dan banyak lagi. Setiap perbuatan dan amalan yang diniatkan ikhlas untuk mencari Reedha Ilahi juga dikira sebagai ibadah.
           
            Berdasarkan ayat kedua pula. Allah mengatakan kita adalah khalifah di muka Bumi. Mengapa mengatakan anda tidak boleh menjadi khalifah? Setiap orang adalah khalifah di muka bumi ini. Khalifah merangkumi aspek diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Khalifah menyuruh yang ma’ruf(baik) dan mencegah yang mungkar(buruk&maksiat). Dalam proses amar ma’ruf nahi munkar itu adalah dipanggil dakwah. Semua umat Islam wajib berdakwah. Ini ada disebutkan dalam firman Allah yang berbunyi ;
   
 "dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya." [03:104]

Ia juga disebut dalam Hadis Rasulullah yang berbunyi :


Sabda Rasulullah S.A.W

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه  فإن لم يستطع فبقلبه وذ لك اضعف الايمان
Barang siapa diantara kamu melihat kemungkaran, ia hendaklah mengubahnya dengan tangannya (kuasa), Sekiranya ia tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya (teguran dan nasihat) maka sekiranya ia tidak mampu juga maka ubahlah dengan hatinya (yakni tidak rela dan benci). Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.

Jadi sama-samalah kita tepuk dada, tanya Iman. Adakah kita sudah mulai langkah untuk menjejakkan kaki di syurga Allah Taala. Minta maaf atas segala kesilapan yang ada.
Sekian, terima kasih. Selamat hidup. (~_^)

2 comments:

  1. Salam alaik :)

    ni skrip masa pencarian daie muda tempoh hari ke??

    ReplyDelete
  2. maaf lambat reply..
    actually, its something like that..

    ReplyDelete