Bismillah..
Mungkin
seringkali kita tertanya pada diri kita mengapa kita dilahirkan di dunia ini?
Apa tujuan kita dilahirkan? Apa matlamat hidup kita? Banyak persoalan yang
timbul. Banyak yang kita ragukan. Manyak pening.
Maka
kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Jika
kita lihat, kehidupan kita seperti satu kitaran roda. Roda bodoh yang memutar
pada kelajuan yang sama, yang mana setiap sudutnya adalah sama. Membosankan.
Hidup kita dimulai dengan bangun tidur, gosok gigi, sarapan, berjalan ke
sekolah, lunch, pergi ke library buat assignment, balik rumah, mandi,
baca main computer, dinner, tutup lampu, tidur. Dan begitulah ia sering berulang
seperti roda, seperti wayang usang. Hidup seperti tiada makna.
Maka
rujuklah 51:56 , 2:30. Eh, No telefon siapa ni? Haa..inilah dua petikan ayat
Allah yang berbunyi ;
$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur wÎ) Èbrßç7÷èuÏ9 ÇÎÏÈ
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu” [51 : 59]
øÎ)ur tA$s% /u Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9 ÎoTÎ) ×@Ïã%y` Îû ÇÚöF{$# ZpxÿÎ=yz ( (#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkÏù `tB ßÅ¡øÿã $pkÏù à7Ïÿó¡our uä!$tBÏe$!$# ß`øtwUur ßxÎm7|¡çR x8ÏôJpt¿2 â¨Ïds)çRur y7s9 ( tA$s% þÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB w
tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ
“Dan ketika Allah berkata kepada malaikat
bahawa telah Aku jadikan di bumi itu khalifah”
Allah menciptakan manusia bertujuan
untuk mengabdikan diri kepadaNya. Jadi maknanya kita sebagai manusia hidup
hanyalah untuk beribadah kepadaNya. Segala tingkah laku dan amalan kita, jika
disertakan niat yang ikhlas kepada Allah, maka jadilah ia Ibadah. Dengan adanya
ibadah, hidup kita akan lebih bermakna dan berseri. Kerana itulah tujuan kita
diwujudkan, dicipta, dilahirkan! Seharusnya kita janganlah malas, enggan untuk
melakukan ibadah kerana ia adalah seseatu yang wajib untuk kita lakukan, kerana
itulah tujuan, objektif kita hidup di dunia ini buat bekalan di akhirat sana.
Ibadah pula janganlah disempitkan
dalam lingkungan solat sahaja. Kita boleh memperbanyakkan ibadah kita dengan
amalan lain seperti membaca Al-Quran, zikrullah, sedeqah, selawat, dan banyak
lagi. Setiap perbuatan dan amalan yang diniatkan ikhlas untuk mencari Reedha
Ilahi juga dikira sebagai ibadah.
Berdasarkan ayat kedua pula. Allah
mengatakan kita adalah khalifah di muka Bumi. Mengapa mengatakan anda tidak
boleh menjadi khalifah? Setiap orang adalah khalifah di muka bumi ini. Khalifah
merangkumi aspek diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Khalifah
menyuruh yang ma’ruf(baik) dan mencegah yang mungkar(buruk&maksiat). Dalam
proses amar ma’ruf nahi munkar itu adalah dipanggil dakwah. Semua umat Islam
wajib berdakwah. Ini ada disebutkan dalam firman Allah yang berbunyi ;
"dan hendaklah ada di antara kamu satu
puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan
menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang
salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang
Yang berjaya." [03:104]
Ia
juga disebut dalam Hadis Rasulullah yang berbunyi :
|
Sabda
Rasulullah S.A.W
من
رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذ لك اضعف الايمان
Barang siapa diantara kamu melihat kemungkaran, ia
hendaklah mengubahnya dengan tangannya (kuasa), Sekiranya ia tidak mampu
maka ubahlah dengan lidahnya (teguran dan nasihat) maka sekiranya ia tidak
mampu juga maka ubahlah dengan hatinya (yakni tidak rela dan benci). Dan
yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.
|
Jadi
sama-samalah kita tepuk dada, tanya Iman. Adakah kita sudah mulai langkah untuk
menjejakkan kaki di syurga Allah Taala. Minta maaf atas segala kesilapan yang
ada.
Sekian,
terima kasih. Selamat hidup. (~_^)