Total Pageviews

Wednesday, 24 April 2013

SPM,~


Bismillah..

Ya Allah. It's been a month after the SPM result announcment. Alhamdulillah segala rasa yang berlaku di hatiku selama seminggu berikutan sudah hilang.

Sesungguhnya, Allah penentu takdir kita. Kita hanya perlu berusaha dan bertawakkal kepada-Nya.
Apapun, Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam, Yang Berkuasa Atas Segala Sesuatu..

"Bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur, dia telah bersyukr untuk dirinya sendiri. dan barangsiapa tak bersyukur sesungguhnya Allah Maha Kaya, maha Terpuji.." [31:12] 


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan  kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong2 masuk agama Alah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima aubat."[110:1-3]

Apapun result yang kita dapat, angan lupa bersyukur kepada-Nya, hanya kepada Allah kita kembali..
Jangan salahkan sesiapa, diri kita mahupun Alah. Redha akan ketentuan-Nya. Setiap yang berlaku ada hikmaknya. #Allahu..

=============

Dikongsikan sedikit kisahku...
Sebelum  result keluar....macam2 yang bermain di benakku. Boleh dapat ke flying colour ni. Cukup ke usaha aq selama ni. Ya Allah.

Ternyata Allah telah membuka mataku. Dengan result yang tak berapa cemerlang, aq menangis kesedihan, rasanya hanya aq seorang yang menangis di dalam dewan. Bia betol ni. Ketika itu ; Ya Allah, kenapa result aku begitu teruk.. Tak tahu apa nak difikir lagi

Rasa 'kegagalan' memang pahit


Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang Allah beri padaku pada hari tu..memberi pengajaran buatku...aq banyak buat silap, ketika belajar. 
Itu sahaja. Sekian

~learn from mistake~


Tuesday, 23 April 2013

Tirai 2013?

Salam pembuka bicara.

Saya rasa nak mulakan post di permulaan ini dengan apa yang berlaku kepada saya pada awal tahun 2013 ini.

Time tu. Lepas habis study, habis belajar, habis alam remaja...apa lagi.. rasaya masa tu, banyak sangat fikir. 6,7 bulan ni nak buat apa eh? Buat lesen? Ambil STAM? Join R2..? Banyak persoalan timbul di benak fikiran ni. Masa tu rasa macam nak join je memanjang selama menunggu masuk alam IPT.

Firman Allah Taala ; Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian.

Teringatkan ayat di atas, rasanya lebih baik gunakan masa 6 bulan yang ada ni dengan sebaik-baik mungkin.
2 muka list-to-do saya buat. Tapi yang merunsingkan ialah merasakan diri ini tidak mampu melakukan sebaik mungkin..Allah adalah sebaik-baik perancang.

Perancangan awal..

Tapi, apapun yang penting tarbiyah itu penting, dan perlu berterusan. Jadi apapun yang saya nak buat pada tahun ni,saya perlu pentingkan tarbiyah itu. Abah saya pernh berkata ; kalau naufal tak ikut ni, takut esok2 Angah menyesal je tak ikut.."  Ya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sekian? Itu saja la yang termampu diri ini nukilkan pada penulisannya.
-Weak Caliph..

Sunday, 21 April 2013

Ini Langkahku

Bismillah..

Segala pujian baginya kerana memberi jalan kepadaku untuk membina blog sendiri. Di mana kadangkala menjadi tempat berkongsi pengalaman, berkongsi bakat, kadang-kadang juga dijadikan tempat untuk mencari ilmu, melepaskan perasaan, dan lain-lain.
Apa yang penting, asalkan ianya bermanfaat kepada org lain.

~Sebaik2 manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain~


Tetapi awal2 lagi saya minta maaf...sekiranya blog saya tidak memanfaatkan kalian semua. Mungkin blog ini hanya dibina untuk diari, berkongsi pengalaman, dan juga informasi yang mungkin tidak bermanfaat bagi kalian..

Wassalam.