Total Pageviews

Wednesday, 8 May 2013

Surat Dari Langit Biru~


Kisah di bawah merupakan hari terakhirku di Parabek, Padang, Indonesia. Aku telah menetap di sana selama 7 hari atas niat kerja amal dan khidmat masyarakat.

========

Pagi terakhir di Parabek. Adess, cepat sungguh masa berlalu. Ikutkan hati rasa tak nak balik je. Tidak tersampai hati mahu meninggalkan mereka.
Apapun, aku berkemas jugak untuk pulang. Masa sudah suntuk. Aku mengemas beg pakaian yang berada di bawah katil dulu, sambil mencari kunci loker untuk mengambi pakaian.
“Alamak!!..” gerutuku..
“Ada apa bang?” adik2 yang berada dalam kamar Hajar 10 turut cuak.
“Kunci loker nya hilang ni..! Aduhh,.”
“Oh, iya bang? Gak papa. Saya ada kunci penduanya..” Ulul, yang paling rapat denganku menjawab dengan tenang. Aku pelik. Oh mestilah dia ada kunci pendua, dia yang kasi aku mangga tu. Apalah…
Aku terus sambung mengemas pakaian..

====

200 meter meninggalkan Parabek. Suasana sepi sebentar, kemudian bertukar bising. Masing2 berkongsi perihal perpisahan yang baru berlaku tadi. Tak sangka, persahabatan yang baru berusia 5 hari, juga  boleh dipisahkan bersama titisan air mata jenih anak-anak kecil di Pesantren. Ada yang meminta nama FB, ada yang bertukar-tukar hadiah, ada juga yang mengirim surat. Terfikir di hati  ini, mereka memang hormatkan kami. Sangat menyayangi sesebuah ukhwah persahabatan Di waktu-waktu bertemu dalam perjalanan di mana-mana pun mereka akan selalu menegur kami, tak pernah miss.

Sambil memerhati MP3-hadiah daripada seorang adik di Pesantren itu (: ..aku teringat akan sekeping kertas yang terjumpa semasa mengemas di dalam loker tadi.. Segera aku gerodok isi beg sandang untuk mencarinya. Aku buka.
“Cewah, dia pun ada surat cinta!!” Akh Hanif, pengiring yang sebaya dengan abangku menyampuk.
“Ishh dia ni. Senyap la.”  -_-’

Setelah meneliti ‘kertas’ itu. Terasa seperti setitik perasaan jatuh menebuk hatiku. Mereka di kamar 10 itu. Rupa-rupanya mereka hanya berpura-pura tidak tahu semasa aku kehilangan kunci tadi. Malah mereka curi-curi memasukkan surat untukku waktu ketiadaanku. Satu-persatu nama mereka ditulis, beserta ‘nomor hape’ masing-masing dan akhir sekali tertulis “maaf bang, hanya ini yang kami dapat mengasih buat abang, jangan lupa kami ya bang…” Hmm..daripada aku, langsung tak kasi korang apa-apa. Haizz….Perlahan-lahan aku lipat surat itu. Sungguh terkelu lidahku. Teringat saat2 aku pulang ke bilik pada malam hari, dan mereka menungguku  untuk berbual denganku, bertanya mengenai hafalan. Mereka sering membantu kami ketika sedang menjalankan operasi, walaupun dilarang.Mereka  juga sering mengerumuni kami, usai bacaan doa, selepas sembahyang. 10 saat. Kemudian Akh Hanif menepuk2 bahuku. Hanya satu yang bermain dalam fikiranku..’maaf kerana tidak memanfaatkan masa kita bersama..’ Uhibbukumfillah…

~akan ku kenangmu dalam doaku~semoga berjumpa lagi,Parabek~

No comments:

Post a Comment