Total Pageviews

Monday, 27 July 2015

Kepada-Nya tempat kembali



Bismillah


Seindah kehidupan, sesempurna seorang insan, sejauh mana perjalanan, akhirnya menemui kematian juga, semua yang bernyawa pasti merasainya.


"Dan datanglah sekaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya." [QS. Qof/ 50: 19].


I remembered once you were a great friends of mine. Engkaulah antara kawan rapat waktu skolah rendah dulu, kemana jua kita bersama. But since secondary, i left without some notice, just leave siblings behind, as a messenger, as a reporter. Minta maaf, sebenarnya, banyak kenangan pahit manis kita, banyak yang aku lupa, engkau pun mungkin turut lupa. Apapun aku takkan lupa, yang kita adalah sahabat.



Lama tidak bersua muka, sekali dua berjumpa di program, mahupun berfutsal. Kemudian kita berjumpa, dalam keadaan yang tidak menggembirakan. Keadaan kesihatan kau, begitu mengejutkan jiwa aku, walaupun riak kita semua, tak dapat mentafsirkan perasaan itu. Susah sebenarnya hati ini mahu meninggalkan kau di bilik sunyi di hospital ketika itu.


Akhirnya, semalam kau dipanggil Ilahi, selepas menyambut kegembiraan Syawal, walaupun sekejap, Alhamdulillah kita telah meraikannya bersama kali ini. Kita dapat bergembira sebentar, sebelum kami berduka atas pemergian kau. Tuhan lebih menyayangimu, Im. Kini aku, kami hanya dapat berdoa, untuk kemaafan atas dosa-dosa kau, kerana dulunya, lupa mendoakan kesihatan engkau. Moga berjumpa di sana.


26-07-2015

Al-Fatihah

Imran bin Fazli :')

No comments:

Post a Comment